Nasi lemak
Dari Wikipedia Indonesia, ensiklopedia bebas berbahasa Indonesia.
Nasi lemak adalah jenis makanan khas Malaysia dan Singapura. Makanan ini biasa dihidangkan untuk sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa untuk menambah rasa gurih. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan berbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhadap kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).
Di Jakarta nasi lemak dikenal dengan nama nasi uduk sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet.
Daftar isi |
[sunting] Asal makanan
Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan memakan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada petani-petani padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti karet, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.
[sunting] Nasi lemak dan diet
Nasi lemak dikatakan tidak begitu sehat untuk dimakan hari-hari karena tingginya kalori dan lemaknya oleh pakar makanan.[rujukan?]